Wednesday, 1 January 2014

Tabungan Berdikit

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tadi, keluar sebentar menghantar novel Kabus Rindu pada sahabat saya, Zuriani Ju. Dia memang sahabat tegar saya kerana sentiasa menyokong apa sahaja status yang berkaitan dengan karya saya. Jadi, sebagai menghargainya, saya ingin menyerahkan sendiri kepadanya.

Sebelum sampai pada masa temu janji di depan IOI, saya dan suami serta Affan menikmati cendol di depan sebuah pasar raya berhampiran Seri Manja Square. Kedai pakaian seragam sekolah itu sangat sibuk dan padat dengan ibu bapa, anak-anak membeli belah keperluan persekolahan.


Suami saya merungut juga kerana parkir terhad.  "Kenapa semua orang nak keluar beli barang hari ni? Kenapa tak beli awal-awal?"

"Bukan semua orang macam kita." jawab saya.
"Tipikalnya, kebanyakan orang kita tak menyimpan. Terpaksalah menunggu bonus atau 'advance' daripada majikan untuk membeli keperluan anak. Ini memang senario golongan pertengahan. Kita pun tak terkecuali."
kata saya. Terus encik suami terdiam.

Bukan saya mahu merendah-rendahkan mereka. Tidak sesekali. Kerana saya faham, tuntutan hidup di bandar tidak memungkinkan untuk mereka melihat tabungan berdikit itu satu keperluan. Ada lebih banyak keperluan yang mendesak lagi yang perlu difikirkan.

Maka, saranan saya, di awal 2014 ini, ayuhlah kita menyimpan. Walaupun setakat syiling 50 sen sehari. Didik anak-anak menyimpan, walaupun memang terasa amat berat. Kita akan merasa nikmatnya di belakang hari. Juga, jangan lupa untuk menyimpan di tabung masjid, atau yang memerlukan ketika mereka menghulur. Kalau kita hanya ada sedikit, kita beri sesuku daripada sedikit itu. Apabila hati sudah terdidik memberi, dengan sendirinya hati tidak pernah gusar walaupun di dalam tangan hanya ada seringgit untuk makan tengah hari.

Tak percaya, cubalah.

%%%    %%%%% 

ada bisnes tapi tak tahu nak dikembangkan bagaimana? Kami di Akademi Bekerja Di Rumah akan cuba bantu. 
PM di facebook : Monalita Mansor
emel                    : monalitamansor@gmail.com
SMS                     : 011-19737269

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung