Teks : Monalita Mansor
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Saya akan terus menulis mengenai persediaan buka sekolah. Mungkin satu ketika dahulu saya tidak peduli sangat kerana saya bekerja. Sekarang tidak lagi kerana hanya suami bekerja dan saya seorang suri rumah. Begitupun semasa saya bekerja dahulu, saya tetap kedekut dengan persediaan pakaian sekolah anak-anak.
Beberapa hari sebelum hari bonus suami, saya akan bersama anak-anak, menyemak semula semua seragam sekolah, mengacu dan mengasingkan. Kemudian, barulah disenaraikan pakaian baharu yang harus dibeli. Bagi anak-anak yang tidak kritikal tumbesarannya, insyaAllah akan mendapat sepasang seorang. Bagi yang kritikal, yang langsung tidak boleh digunakan lagi, dapatlah seorang dua pasang. Kalau ada tambahan, tunggulah bonus emak pula. Kasut sekolah untuk anak bongsu, memang saya serik untuk belikan yang mahal. Dalam satu insiden, dia tertukar kasutnya dengan pelajar lain dan sampai ke sudah tidak ditemuinya. Sebagai denda, saya suruh dia pakai kasut yang kurang kualiti itu dan apabila koyak tapaknya barulah saya ganti.
Mungkin kejam bunyinya, tapi itulah saya. Bila dah tak bekerja, lagilah kejam! (hahaha...ketawa bergaung-gaung sampai dengar ke Gunung Angsi!)
Saya faham kalau anda mahu sediakan sehingga lima pasang - sepasang untuk setiap hari. Terpulang kepada kemampuan anda, tetapi saya minta anda pandang sedikit sahaja ke hadapan. Tidak tahu apa yang akan dinaikkan lagi tahun depan. Apa salahnya kita bersedia dengan bijaksana, sekarang.
Antara
matlamat awal kelas online ini berdasarkan masalah suri yang mengadu kepada
saya
-Tidak ada masa
untuk hadir kelas offline
-Tidak pandai perkara asas untuk mula bisnes
internet, tidak tahu buat email, mahu buat blog, mahu buat facebook
-Tidak tahu macam mana mahu pos barang
PM untuk masuk kelas asas blog dan fan page bisnes
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D