Monday, 23 December 2013

Menilik Diri Di Darul Fikrah

Teks : Monalita Mansor
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Semalam, usai doa selamat produksi EMP di Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia. Selain berkenalan dengan pasukan EMP, Kak Irene, Kak Elee, Kak Saodah dan adik-adik yang manis tu, saya dan anak-anak beserta sahabat akademik yang sudi menjadi penunjuk jalan Saniah Mat Sanat, saya cuba menikmati masa-masa sepi penghuni di situ.

Ya, bibir cuba mengukir senyum, luka di hati siapalah tahu. Bukan tak ingin ambil tahu, tetapi saya bimbang, saya lebih lemah daripada mereka. Kebimbangan saya berasas bila di depan Saniah, saya menitiskan air mata yang cuba saya simpan sebelum itu.

Tiada kata terungkap melihat apa yang berlaku di depan mata. Cuma doa saya panjatkan pada anak-anak yang ikut serta, "aku reda kalau ini takdirku, tetapi jadikanlah anak-anakku anak yang soleh dan solehah. Aamin."

Novel Kabus Rindu juga dilancarkan meskipun novel tersebut masih terkepit di bawah mesin di kilang percetakan. Akan bersiaran selepas minggu ini, insyaAllah. 

Sementara tawaran memiliki Kabus Rindu sebagai bonus akan masih dibuka sehingga 31 Disember 2013 untuk anda yang ingin menjadi protege kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung