Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Ketika mencapai buku ini (masih belum naik ke rak perpustakaan) - saya tidak mengharapkan apa-apa. Hanya, saya tertarik dengan pengisian berbaur kebudayaan dan juga sejarah (sebab ada gambar lama di muka surat depannya, maka otak dengan cepat mencerna - nostalgia dan sejarah) Kemudian, saya sebak-sebak, ada gambar lama! Lagilah saya suka.
Ini adalah buku keempat penulis yang juga merupakan wanita pertama yang menjadi presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau kelihatannya masih terlalu menjaga ikatan dengan susur galurnya iaitu turunan Baba dan Nyonya daripada Pulau Pinang dan Melaka, walaupun lahir di Kuala Lumpur.
Bila saya mulai membaca, barulah saya faham konsep naskhah ini. Ia merupakan himpunan 13 buah cerita pendek yang pelbagai dan hampir kesemuanya berlatar zaman pra-merdeka yang menjadikan ia sangat unik. Sesuai dengan tajuknya 'Kebaya Tales' setiap cerita menyentuh elemen budaya Baba dan Nyonya yang sangat bugar dan menarik.
Kisah yang paling saya suka dan meruntun hati ialah The Goddess And The Japanese Officer. Kisahnya ringkas, berlaku pada era penjarahan Jepun di Tanah Melayu. Juga, seperti yang kita maklum Jepun dan China adalah seteru tegar bermula daripada Perang Manchu.
Dalam pada itu, penulis tidak lupa menitipkan sejarah dan asal usul Baba dan Nyonya atau digelar juga Peranakan atau Straits Chinese. Mereka sangat unik baik daripada segi adat, bahasa dan budaya kerana variasinya menggabungkan ketiga-tiga budaya terbesar di Malaysia.
Terlalu banyak ilmu yang boleh dimanfaatkan di dalam kumpulan cerita ini. Terutama untuk generasi baru untuk memahami secebis makna merdeka itu sendiri. Yang penting, jangan jadi tak seronoh, dengeh cakap orang tua. Baru selamat.
Sunday, 24 August 2014
Saturday, 23 August 2014
Menulis Di Luar Kotak Realiti
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Nur Syahidah Wan Mahassan, adalah personaliti misteri di kalangan protege Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif di dalam kelas saya. Kredibiliti beliau dalam bidang berblog memang tidak dinafikan. Sila klik di sini. Entri-entrinya pelbagai dan kedengarannya sangat tegas dengan pendirian beliau.
Sepanjang mengikuti kelas, dia bertanyakan saya sendiri, boleh tak satu-satu karya itu ditulis menggunakan watak satu jantina sahaja. Apa yang dimaksudkan ialah, dia tidak mahu ada sebarang percampuran jantina yang menjadikan karya itu rosak dan menjejaskan imej penulis di 'sana' esok.
Saya nyatakan, ia tak mustahil tetapi sukar. Kebiasaannya, walaupun tiada watak berlainan jantina, penulis masih cenderung untuk berimaginasi mengenai pasangan lawan jantina, kerana itu adalah realiti hidup. Berpasangan.
Namun, Nur Syahidah atau saya panggil Cikgu Syida, membuktikannya di dalam cerpen Cikgu Mawar. Kisah seorang guru yang buruk sangka terhadap pelajar asrama puteri yang mewakili suara generasi Y yang lantang dan tidak gentar mempertahankan pendiriannya.
Lebih menarik, cerpen ini memperlihatkan kemampuan guru muda ini menggunakan analogi istilah biologi dalam mengaitkan persoalan iman dan amal di kalangan pelajar. Selebihnya kenalah dibaca sendiri. Bukan puji lebih, tapi ini pengalaman saya sepanjang mengedit cerpen tersebut. Setidak-tidaknya, Cikgu Syida mengorak langkah menulis sesuatu di luar kotak.
Alhamdulillah.
Bagi anda yang ingin mengikuti kelas ini, hubungi mana-mana pengurus online (PO) atau mana-mana guru online di akademi dan pastikan anda ada DETERMINATION AND PASSION. Gajet semahal mana pun tidak akan membantu anda seandainya kedua-dua aset itu tiada dalam diri anda.

Friday, 22 August 2014
Belasungkawa Sahabat : 37 Hari Dalam Hitungan
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
2014 banyak mencatat sejarah buat Malaysia. Pahit atau manis. Pada hari ini 22/8/2014 telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Malaysia. Ini berikutan kembalinya 20 buah keranda yang mengisi jenazah warga Malaysia yang terkorban di dalam insiden korban MH17.
Buat generasiku (seandainya aku sudah tiada) Inilah tahun kesedihan baik buat Malaysia secara umumnya, sudah tentulah buat ahli keluarga mereka yang terlibat di dalam tragedi MH 17 dan MH 370. Sekali lalu, ini antara kemalangan udara paling dahsyat yang melanda Malaysia.
MH370 dikesan hilang daripada radar sebaik meninggalkan KLIA ketika dalam penerbangan menuju ke Beijing pada 1.30 pagi dalam kdudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara (065515N) dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur (1033443E). 120 batu nautika dari Kota Bharu. Pesawat malang itu terus hilang dalam misteri, anggapan dan pelbagai fakta juga spekulasi.
Ketika Malaysia masih menangisi kehilangan MH370, sahur umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan sidang akhbar mengenai MH17 yang didakwa ditembak jatuh di Kiev, Ukraine. Pesawat yang meninggalkan negara tulip untuk ke Malaysia itu tidak sampai ke destinasi, sebaliknya berkubur di ladang gandum di kawasan terpencil ditambah lagi medan perang saudara di sana.
Ketika ini, seluruh rangkaian televisyen tertumpu ke Kompleks Bunga Raya, KLIA Sepang menanti saat tercecahnya tayar kapal terbang MH6129. Kapal terbang yang membawa 20 jenazah mangsa pesawat MH17 pulang bersemadi. Tidak tergambarkan perasaan sanak saudara melihat kepulangan kesayangan mereka dalam keadaan begini. Aku pasti, Malaysia diladungi duka dan air mata.
AL FATIHAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)