Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Baju seragam anak-anak sudah dibeli? Berapa harganya sehelai? Saya tanyakan kertas harga di kedai-kedai biasa, bukannya pusat beli belah terkemuka. Jika di pusat beli belah terkemuka, kita harus menanggung kos sewa tapak, kos elektrik, kos air, kos overhead yang ditanggung pekedai. Dan, sewanya tentulah berganda-ganda daripada kedai biasa kan?
Jika anak kesayangan comel-comel, busyuk-busyuk kita baru masuk sekolah, memanglah kita tiada pilihan. Semuanya harus baru. Tetapi kalau anak-anak sekadar naik kelas, pada pendapat saya sepasang atau dua pasang memadailah.
Semalam saya terbaca status Tuan Shamsuddin Kadir tentang tanggungjawab kepada jiran. Kekesalannya kerana membiarkan jirannya muflis sehingga dilelong rumahnya.
Saya juga teringatkan ceramah Ustaz Don di Singapura mengenai seorang hamba Allah yang amanah dan kaya tetapi terhumban ke dalam api neraka kerana membiarkan adik perempuannya terbiar dalam kemiskinan.
Nampak tak? Apa kata pada 2014 ini, kita ubah sedikit pandangan daripada rasa seronok kerana rumah jiran kita dilelong atau dalam kesusahan, rasa seronok dengar keluhan adik-beradik kita tentang duit nak beli keperluan sekolah tak cukup, ditambah perisa dengan ayat "padan muka, berlagak sangat!"rasa menyampah dengar adik-beradik kita yang berada membeli keperluan selengkapnya untuk anak-anaknya dengan ayat "elleh...nak menunjuk-nunjuk la tu...!". KEPADA rasa ingin mengongsi susah dengan mereka. Mengongsi kegembiraan mereka.
Kalau anda berkemampuan, bawalah anak jiran atau anak buah anda ke kedai, belikan mereka barang sepasang dua seragam baru. Jika tidak, baju sekolah lama anak-anak tu, basuh bersih-bersih, curah pewangi banyak-banyak, seterika dan sedekahkan kepada mereka.
Cadangan ini adalah berasaskan realiti yang berada di depan mata saya juga. Ini simpanan tetap akhirat, tau. Saya lihat mereka yang melakukan itu semakin kaya dan bahagia. Wallah hu alam.
350 blog, 21 kelas 13 guru dedikasi bertugas. Selamat datang pelajar baru Disember. Semoga mendapat manfaat dan berkongsi manfaat. Alhamdulillah, selain kelas onlne, kami kini mula bergerak secara offline atas permintaan. Terima kasih agensi swasta dan kerajaan yang menjemput saya, saya 'tangguhkan dulu ya'. Insya-Allah bermula April 2014. Sertai kami untuk kelas online dan offline berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my ( Zaila Mohamad)
4. Kelas penulisan kreatif Monalita Mansor dan Mazlia Murat)
5. Pendaftaran rakan niaga/guru online dibuka.
6. Kelas akaun bisnes, 10 penyertaan percuma bagi yang mendaftara kelas bisnes, jadual Januari. Insya-Allah.
7. Bagi kelas offline sekitar Johor boleh berhubung terus dengan Anys Idayu Zakaria dan Norazizah Sudin.
8. Manakala sekitar Bangi dan Melaka, berhubung dengan Nisa Nua
9. Sekitar Shah Alam, berhubung dengan Aishah Hussein Ashikin Hashim.
Selain itu boleh juga dengan Wani Mn, untuk Sabah berhubung terus dengan Mie Normi.
Sunday, 22 December 2013
Saturday, 21 December 2013
Meraikan Rasa Bahagia Cara Kami
![]() |
| kek karot hadiah Andak. Sesiapa yang berminat boleh tempah di rhashim578@gmail.com (Rosma Hashim 0163224900) |
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Malam tadi, seluruh adik-beradik suami, kecuali adiknya yang tinggal di Tanjung Malim berkumpul di rumah meraikan anakanda Anis Suraya Maznum. Ala, makan-makan saja. Andaknya belikan kek. Ayah Hamnya (pak lang) belikan rambutan. Ibu Ham (mak lang) gorengkan mee sebab maknya yang ini 'apa pun tak boleh' semalam.
![]() |
| Al Fateh yang terpaksa 'digari' sebab sibuk nak menculik kek |
Sudah lama juga tak berkumpul begini. Semenjak kami berpindah ke sini dan adik-adik suami semuanya sudah berumahtangga, kami hanya berkumpul di rumah Nyah (adik kedua suami, sepatutnya Ngah, tapi dipelatkan dek anak-anak saya dari kecil, sampai ke sudah dipanggil Nyah).
Berita manis yang dibawa Anis 19 Disember lalu, begitu manis juga dikongsi bersama keluarga. Bukan keluarga kami sahaja, malah keseluruhan keluarga, inilah rahmat berita manis itu. Kami berkongsi bahagia cara kami, kecil-kecilan.
![]() |
| Ibu Yoi (mak uda) fokus memotong kek, Afiq tengah sabar sambil Ibu Ham (mak lang) dan wan bersantai sambil menonton tv. |
Anis sudah berpesan pada saya awal-awal lagi sebelum keputusan PMR diterimanya.
"Mak jangan up apa-apa kat facebook."
"Kenapa pulak?"
"Along tak nak nanti ada sedih!"
"Siapa yang sedih?"
"Yelah. Nanti sedihlah kawan-kawan Along yang tak dapat keputusan bagus. Along tak nak mereka rasa rendah diri." Beritahu along dengan yakinnya.
"Buat apa nak sedih? PMR aje," kata abahnya pula.
"Manalah tahu. Ada yang hilang pertimbangan. Terlalu berharap." jawab Along.
![]() |
| Ayah Yoi (pak uda) dan acu |
Saya diam. Ibu bapa berhak untuk merasa bangga, salah satu caranya dengan berkongsi status di facebook atau laman sosial lain. Bagi yang mendapat satu A pun, anggaplah ia sebagai cabaran, jangan bersedih. Saya, sebagai ibu pun memperolehi banyak pengajaran sepanjang mengenali sahabat anak-anak saya yang kuat-kuat semangatnya ini.
Jadi, kita pun perlu kuat semangat seperti mereka.
Mencari medium untuk mengiklan atau ingin mengiklan secara tuntas (menyeluruh)
Anda boleh, sama ada menghubungi Monalita Mansor untuk mengiklan di http://sohodirectory.blogspot.com/
atau terus mendaftar di kelas Asas Blog dan Beriklan di mudah.my yang dikendalikan oleh guru berpengalaman.
sebarang pertanyaan boleh PM terus ke : FB Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
atau
monalitamansor@gmail.com
Buku Sekolah Terpakai Boleh Dipakai
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Jika anak-anak belajar di sekolah menengah, buku lebihan tingkatan 1 atau 2 boleh digunakan sehingga tingkatan tiga, pesan cikgu Sarimah. Inilah salah seorang cikgu prihatin, sahabat saya. Di sekolah menengah, buku berkulit tebal lebih mahal daripada buku tulis biasa. Bayangkan kalau anda perlu membeli buku baru sedangkan ada berpuluh lagi muka surat yang boleh digunakan, rugi 'kan?
Apa yang saya lakukan untuk anak-anak di sekolah rendah semenjak seminggu lalu ialah;
1. kenalpasti buku-buku, saring di antara yang boleh digunakan, boleh diguna semula, dibuang terus
2. Untuk guna semula - terpakai beberapa muka surat, saya koyakkan.
3. dapatkan senarai buku-buku yang hendak dibeli daripada sekolah
4. semak senarai, dapatkan pendapat anak-anak sama ada buku tersebut penting, tidak berapa penting atau kurang penting.
5. kurangkan kuantiti yang hendak dibeli.
6. Oh ya, jika ada di antara buku-buku itu dikatakan out of stock, atau tak sampai lagi, dapatkan maklumat penerbit daripada kedai buku sekolah dan cari di kedai buku di luar. Anda mungkin boleh membelinya dengan harga yang lebih rendah kerana kedai-kedai buku sedang giat menghabiskan stok sekarang.
7. Jika masih tidak berpadanan dengan bajet, guna congakan secara logik. Kebiasaannya mata pelajaran Bahasa seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang memerlukan lebih daripada sebuah buku. Bagi mata pelajaran lain, masih sebuah buku, maka tidak perlu membeli sehingga 20 buah buku sekaligus. Apabila tiba masanya, suruh anak berdikari membeli sendiri buku di kedai buku.
Wallah hu alam
Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif juga tidak ketinggalan memberikan tips-tips menjana pendapatan secara konsisten dengan menulis cerpen. Untuk maklumat lanjut PM Monalita Mansor atau Mazlia Murat.
emel : monalitamansor@gmail.com
: mazliamurat@gmail.com
Page : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif.

Subscribe to:
Posts (Atom)