Wednesday 30 September 2015

Sinkope

Teks : Monalita Mansor


Soalan :
Salam Sejahtera.

1. Bagaimanakah cara yang betul untuk menulis sinkope 'tu', 'ni', 'kan', 'nak'?

2. Ada editor yang meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan = 'kan. Apakah fungsi (')

3. Perlukah juga meletakkan tanda (') pada singkatan cu = cucu, nak = anak, pak = bapak?

Terima kasih  


Jawapan :


Salam sejahtera,

1. Untuk singkatan tu, ni, kan dan nak = singkatan tersebut sudah betul. Untuk kan, hanyakan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.

2. Editor tidak meletakkan tanda (') sebelum perkataan kan.

3. Tidak perlu meletakkan (') pada kependekan cucu, anak dan bapak.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. 
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung