Monday 6 April 2015

Dialog vs Naratif




Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah. 

Dialog memaksa watak berkata-kata untuk menggerakkan cerita, manakala naratif pula hanya memaksa penulis bercerita tentang perkara yang sedang berlaku. 

Bagi anda, yang mana satukah lebih menarik dibaca?
Contoh :
Dialog :
“Datin ada lagi satu pemandu peribadi tetapi tugasnya hanya untuk hal-hal rumah. Seperti membawa anak perempuannya ke sekolah atau ke mana-mana. Manakla tugas awak hanya untuk urusan kerja saja.”
“Urusan kerja? Boleh Encik Mail beritahu, tugas saya sebenarnya apa dan macam mana?”
Petikan novel  Bila Cinta Menggila, AD Rahman Ahmad, Alaf 21, 2014 

Naratif:
Encik Mail menerangkan bahawa datin mempunyai seorang lagi pemandu peribadi yang hanya melakukan tugas pemanduan berkaitan hal rumah seperti menghantar anak perempuannya ke sekolah dan bersiar-siar. Manakala tugasnya pula lebih berkaitan dengan urusan kerja.  Penerangan ringkas Encik Mail itu agak mengelirukan dan dia meminta beliau menjelaskannya lebih lanjut. 

Untuk pemahaman visual, secara mudahnya ialah apabila anda menonton drama/filem. Dialog ialah perlakuan atau aksi bahasa yang digerakkan oleh watak. Naratif ialah ‘shot by shot’ atau ‘babak demi babak’ tanpa dialog yang dikeluarkan oleh watak.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung