Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah
Mungkin ada yang bengang dengan saya. Apa bendalah
wahanalah, saranalah, mediumlah. Hey! Penulis perlukan kosa kata yang besar dan
luuuuuasss tau. Kalau tak tahu, beli kamus dan baca.
Kata Victoria Hanley, apa sahaja alatan yang
mendekatkan diri penulis dengan bahan yang ditulisnya boleh dimanipulasi. Kalau
anda nak menulis tentang sambal belacan yang paling best di dalam dunia, anda
kenalah mengenal belacan yang terbaik penghasilannya. Anda harus sepuluh
langkah lebih tahu daripada orang biasa.
Sebab itu, kalau orang lain memandang Arjun Rampal itu
sekadar pembawa watak antagonis dalam Om Shanti Om, anda harus memandang
kewajarannya menjadi antagonis, kredibiliti watak, penghayatan, gerak mindanya
dan bukan sekadar memandang luarannya.
(hmmm…Arjun Rampal lagi…)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D