Monday, 6 January 2014

Menceduk Motivasi daripada Super Wahm Super Mom

Teks : Monalita Mansor
Foto : Akademi Bekerja Di Rumah.

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Hari ini hari ulangkaji. Jalan-jalan di e-book Super WaHM Super Mom. Banyak inspirasi tersisip dan ingin dikongsi dengan pembaca-pembaca sekelian.  Banyak yang sedang saya pelajari semenjak Kabus Rindu menjengah ke pasaran. Suka sangat saya mencatat status 'kena rasuk minda bisnes' di facebook. Indah. Saya tak sangka begitu.
Mari baca dan ceduk motivasi daripada petikan e-book ini.


pertama saya selepas menamatkan pengajian adalah sebagai executive bank di HSBC Data Processing Centre di Cyberjaya pada tahun 2003. Dalam masa setahun dan menjadi process specialist dalam team berkenaan, saya berpeluang mempelajari selok belok customer service, berurusan dengan pelanggan bank di UK secara online dan di telefon, menghubungi pihak bank antarabangsa lain yang terlibat dalam urusan pemindahan wang dan bertanggungjawab melatih executive baru dalam proses berkaitan.
Pendedahan terhadap kemahiran customer service ini memberi semangat untuk saya memulakan perniagaan kraftangan perkahwinan secara online. Saya memulakan perniagaan maya bungatelur.com secara rasmi dari rumah pada tahun 2006 setelah berhenti kerja. Saya juga suka berkongsi pengetahuan dan berkemampuan mengajar orang lain yang berminat. Ini membolehkan saya menjadi tenaga pengajar untuk kelas bunga telur dan kelas decoupage.

Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan.

********************************************************************
Antara matlamat awal kelas online ini berdasarkan masalah suri yang mengadu kepada saya
-Tidak ada masa untuk hadir kelas offline
-Tidak pandai perkara asas untuk mula bisnes internet, tidak tahu buat email, mahu buat blog, mahu buat facebook
-Tidak tahu macam mana mahu pos barang

PM Monalita Mansor
atau
emel monalitamansor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung