Tuesday, 26 August 2014

Menghitung Hari: 5 Hari Sebelum Menjelang Merdeka.

Emak dengan ayah. Diorang selalu juga bising bila telefon bunyi tengah-tengah malam buta atau kadang-kadang subuh sapie!
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. 31 Ogos sebenarnya lebih daripada merdeka sahaja buat aku dan suami. Sebab 31 Ogos 1997, kami diijabkabulkan 3 hari sebelum hari lahir aku yang ke-23. 23? muda sangat ke? Entah, tak rasa pulak gitu sebab memang sasaran aku nak kahwin umur 23, kalau bukan dengan dia ni pun. (Cewah!)

Perbezaan Cerpen dan Novel




novel dalam pelbagai genre
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Catatan ini mungkin bukan untuk bacaan penulis. Tetapi lebih kepada bacaan orang awam yang masih keliru. Apakah bezanya karya yang dipanggil cerpen dan novel? Kedua-duanya karya kreatif, perlukan kreativiti, dan perlukan penulis memerah dan mengolah ilham menjadikan ia suatu kisah yang menarik.

Cerpen bermaksud cerita pendek. Ada juga istilah cerkon : cerita kontot/cerpen kontot, cerpan : cerpen panjang, cerpen bersiri tetapi itu semua istilah. Di dalam dunia penerbitan karya fizikal, buat masa sekarang, hanya tiga konsep karya yang diketengahkan; cerpen, novelet dan novel.

cerpen sebagaimana namanya, cerita pendek tentulah menggunakan semua aspek penulisan yang ringkas. Namun begitu, tidak bermakna semua hasil tulisannya adalah hasil tangkap muat dan asal siap sahaja. Kriteria cerpen adalah seperti berikut;

1. Maksima 10 muka surat (lebih kurang 2000 patah perkataan) - bagi cerpen kanak-kanak 4 muka surat
2. Kebiasaannya menggunakan sudut pandangan orang pertama, aku, saya, 
3. Wataknya kurang daripada 4
4. Latarnya terhad
5. Plotnya ringkas (hanya 1) dan pantas (pengenalan/konflik/twist/peleraian)

Novelet pula berada di antara cerpen dan novel. Kriterianya ialah jumlah perkataan yang diperlukan iaitu sekitar 20 000 patah perkataan. Tak perlu kira, aplikasi Words tu kan ada perisian Count Word. 

Novel pula tidak mempunyai perkataan maksima tetapi kebiasannya ia dikira berdasarkan jumlah muka surat. Terpulang kepada kehendak penerbit sesebuah penerbitan. Kebiasaannya mereka meletakkan daripada 400 - 500 muka surat. Bagi novel remaja ia mungkin mencecah 200-250 dan novel kanak-kanak ialah 150 muka surat. 

Cerpen biasanya dipaparkan di dalam akhbar berukuran semuka penuh. Jika di dalam majalah, ia mungkin mengambil beberapa muka surat. Ada juga novel yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah dan ia disebut pula novel bersiri. Istilah cerpen bersiri, pada pemahaman saya adalah novel atau novelet pada akhirnya, sebaik kisah di dalamnya ditamatkan.
Diharapkan catatan ringkas ini memberi sedikit pemahaman kepada anda mengenai kedua-dua subjek tersebut. 

Jika anda ingin menyertai kami di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif, jemput PM ataupun whatsapp 011-19737269 atau emel : monalitamansor@gmail.com
cerpen yang dikumpulkan dan dijadikan kompilasi

Monday, 25 August 2014

Macam-Macam Ada 23 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Senget Saja, Bukan Pandir

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Apa yang bakal saya coretkan ini, bukanlah satu kesalahan. Hanya boleh dikatakan ia berlaku disebabkan kita tidak tahu apa yang sedang kita buat. Saya juga cenderung melakukannya satu ketika dahulu. Dengan niat untuk membezakan plot (flash back dan flash forward) atau pernyataan watak (dialog dan monolog) maka, seluruh ayat/dialog atau perenggan telah saya sengetkan (italik). Rupa-rupanya, perbuatan itu menganggu pembacaan dan kelancaran cerita. 

Dipanjangkan daripada diskusi di sebuah grup, saya pertontonkan beberapa teknik membezakan atau memecahkan perenggan yang ditulis oleh Salina Ibrahim, Hizairi Othman dan Saharil Hasrin Sanin di dalam karya mereka. Selain daripada ia merupakan teknik membezakan plot, ia juga boleh digunakan sebagai teknik pemecah perenggan.
teknik penomboran Roman dan pentarikhan

teknik naratif - perhatikan perkataan 'dulu'

teknik lima bintang

teknik dialog

Untuk anda yang ingin bersama-sama mengikuti kelas asas blog dan penulisan, kelas asas blog bisnes, penulisan kreatif, rakan niaga sila hubungi kami di facebook atau whatsapps 011-19737269 atau e-mel monalitamansor@gmail.com

sumber : antologi cerpen Amanda Balqis dan Syonagar, Hizairi Othman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung