Tuesday 9 December 2014

Elleh...Besar Hati Kuman Aja

Teks : Monalita Mansor
Gambar; Carian Google

Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.

Korang dah tahu naratif tu apa? Oh, maaf, bagi yang bukan penulis naratif tu lebih kurangnya macam ayat penyata atau pengisahan. Naratif kalau ikut saya punya pemahaman boleh pulak dibahagi-bahagi pada naratif aksi, naratif penerangan, naratif rentetan.

Dialog tahu tak? Dialog adalah lawan naratif. Sebab semasa bercerita, dan dalam hidup realiti, kita mestilah bercakap kan. Kalau tak bercakap itu naratif monolog yang menggunakan sudut pandang 'keakuan' - atau dalam kata lain bercakap sorang-sorang.

Secara umumnya, kalau kita berdialog atau bercakap sehari-hari, kita gunakan tak perkataan yang berimbuhan sebagai contoh:

"Adik, sila memakai baju yang berwarna putih itu. Emak yang menyuruh saya memberitahu adik supaya memakai baju putih itu." pernah?

atau akan kelihatan natural begini:

"Adik, pakai baju putih tu. Emak suruh akak beritahu adik."

ATAU

"Aku tahu pasti Mak Limah akan mencari aku di sini..." ujarnya terketar-ketar

atau lebih naturalnya

"Aku tahu, mesti Mak Limah cari aku kat sini."

Sekali lagi, tentukan khalayak sasar pembaca kita. Tentukan genre kita, mahu menggunakan BMT atau BM santai.

Mungkin ini bukan sesuatu yang terlihat sangat besar di kalangan penulis senior. Tetapi, pengabaian ini dilakukan oleh para penulis baru sehinggakan karya kelihatannya kebudak-budakan. Ada banyak lagi contoh, tapi bagi khalayak pembaca normal, ia mungkin bukan masalah asalkan ceritanya menarik. kan?


1 comment:

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung