Teks : Monalita Mansor (6)
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah
Menulis harus bergandingan dengan membaca. Tidak boleh tidak. Pembacaan adalah alat paling ampuh untuk seorang penulis. Malah ada penulis berjaya dan laku keras karyanya mewajibkan untuk menghabiskan satu surah di dalam Al Quran ketika menukang sesebuah karya.
Vidal Sasson pernah mencoretkan;
"the only place that success comes before work is in the dictionary."
Bermakna apa yang boleh difahami bahawa kejayaan di dalam apa jua bidang adalah melalui ilmu. Ilmu itu perlu diperolehi dengan membaca. Ada pelbagai cara manusia membaca. Ada yang perlu membaca berulang-ulang dan ada yang membaca sekali lalu dan ada yang perlu menekuni dan fokus tanpa sebarang gangguan walaupun sapaan cicak di dinding untuk menghadam pembacaan.
Proses menyerap ilmu pula harus berlangsung dengan cepat memandangkan kita dilingkup kekangan masa sebagai penulis. Ada beberapa cara yang boleh dipraktiskan ketika membaca dan menyaring ilmu pada masa yang sama.
1. Bermohon dengan Allah
Penting, panjatkan doa semoga dibuka mata hati dan telinga, dipermudahkan sebelum kita membaca.
2. Catat Nota
Pastikan gagasan ilmu dicatat dalam nota khas dan boleh dibaca semula. Kalau rasa-rasa tulisan tu adik-beradik dengan cakar ayam atau cakar itik, tulislah elok-elok. Jangan nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Sudah dicatat, tak boleh dibaca pulak.
3. Gunakan highlighter
Sebelum itu, tengok dulu, buku itu buku sendiri ataupun buku pinjam di perpustakaan atau kawan-kawan lain. Kalau buku pinjam, minta ampun, jangan diconteng sebarang. Nanti didenda pulak. Tanda isi-isi menarik dan bezakan sumber.
4. Berhenti - baca
Ada individu yang boleh membaca 3 buku yang sama sekaligus. Dengan menggunakan teknik contengan tepi dan kelepet/penanda buku, dia akan berhenti dan beralih kepada buku yang lain tanpa hilang tumpuan.
5. Google
Internet memberikan alternatif, namun pastikan sumbernya sahih dan diambil dengan izin.
6. Menaakul sekitar
Pengamatan sekitar dan isu semasa juga membantu kita mencerap ilmu dengan lebih cepat. Mula-mula sumber tersebut dibaca, kemudian dicerakin dan jika berkemampuan, pergi ke lokasi tersebut. Sebagai contoh isu terkini ialah kehilangan MH370, baca dan jika mampu, hampiri lokasi sumber seperti lapangan terbang (bukan lokasi kejadian - kita belum tahu di mana) Pengalaman dan pembacaan akan meneguhkan lagi pegangan ingatan dalam minda, insya-Allah.
Akhir kata,
The need to write requires that you strenghten your understanding and knowledge through the recognition of where your orginal study might have fallen short.
Edgar V Roberts
Ada yang mahu jadi rakan niaga. Cuma jadi ejen dropship, tanpa modal, hanya kekuatan semangat untuk menembusi pasaran global laman sosial.
Hubungi Monalita Mansor atau monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D