Wednesday, 12 March 2014

Kegilaan Imaginasi Penulis


Teks : Monalita Mansor (7)
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah

Dulu, apabila saya memberitahu saya adalah penulis, spontan terlahir daripada bibir lawan bicara, "mesti kuat berangan!" maka malulah saya mahu mengaku diri lagi selepas itu.

Kenapa? kerana stigma masyarakat kita yang 'berangan' itu adalah perbuatan sia-sia. Kisah Mat Jenin yang berangan-angan dan kemudiannya jatuh pokok memberi impak negatif tanpa kita mengira dan menghurai nilai positif daripada kisah Mat Jenin itu sendiri.


Imaginasi mungkin berlegar daripada kegilaan penulis memandang sesuatu dengan jurus pandang yang berbeza. Imaginasi untuk seorang penulis juga harus berlangsung lengkap sebagai sebuah cerita. Kerana imaginasi bertindak sebagai rangka cerita di dalam minda. Ilham akan datang tidak mengira masa, lebih-lebih lagi ketika kita memandu, di dalam tandas, atau sedang memasak.

Maka, peranan imaginasi perlu untuk meleretkan ilham menjadi sebuah cerita. Untuk saya, ilham mengalir indah ketika saya membasuh pinggan, maka imaginasi akan masuk campur di mana ada kalanya saya akan bercakap seorang diri, ketawa seorang diri dan tidak dinafikan ia meletakkan saya di tempat yang 'bahaya' jika dilihat orang. 

Ada waktunya, apabila imaginasi tidak teruraikan, kita akan dilanda ketidaktentuan hala. Pernahkah anda, terbawa-bawa dengan emosi sesebuah watak apabila sedang menekuni babak tegang antara hero dan heroinnya? Pernahkah anda turut sama menangis mendayu bersama kesedihan watak, padahal orang lain hanya memandang pelik terhadap kita.

Begitupun, ada baiknya imaginasi diurus dengan baik dengan kaedah storan yang bersesuaian seperti mencatatkan dalam nota atau merakamkannya di dalam gajet, seperti merakam suara, menyimpan dalam fail atau mengambil gambar. Kesemuanya itu nanti merupakan sarana penting untuk memastikan imaginasi sentiasa kekal dan berkembang.

Wallah hu alam.

Daripada :  http://theforeversaga.com/2013/01/22/how-a-writers-imagination-works/

Penyertaan masih dibuka. Tempat Terhad. Jemput PM untuk daftar tempat.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung